Pemberontakan Global Menentang IMF dan Bank Dunia

Pemberontakan Global Menentang IMF dan Bank Dunia

Francisco Torres dan Socialist Worker

Argentina adalah contoh paling jelas bagaimana Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bersedia untuk memusnahkan ekonomi sesebuah negara. Francisco Torres menulis rencana di bawah dalam akhbar Argentina, Socialism or Barbarism.


Di sebuah jalan biasa, sebauh keluarga bergerak dari pokok ke pokok, mencari dalam beg-beg yang dipenuhi dengan kotoran untuk sesuatu untuk dimakan. Dengan jari-jari yang laju, mereka membuka beg-beg itu, memeriksa kandungannya dan mengambil sesuatu.
Malam berakhir dan hari baru menjelma untuk mendedahkan adegan yang menyedihkan hati. Di sebuah kawasan perumahan biasa berdirinya sebuah kedai kecil tanpa pelanggan, sebuah pasaraya yang setengah kosong, dan sebuah van hantaran yang dikosongkan. Dua orang tempatan ingat bahawa hanya dua minggu yang lalu mereka dapat membeli sedikit ini dan sedikit itu dengan 30 atau 40 peso, tetapi hari ini mereka tidak dapat membeli apa-apa. Perempuan di tempat bayaran memandang ke sekeliling dan bertanya kepada diri sendiri berapa lama lagi sebelum mereka menutup tempat bayarannya.
Bank-bank di pusat bandar sedang mendidih dengan orang yang menginginkan ganti rugi atau untuk mengeluarkan simpanan mereka. Skrin alat pengeluar duit menunjukkan mesej sindiran, “Maafkan kerana kesusahkan, tetapi mesin ini tidak mengeluarkan duit pada masa ini.”
Jeritan bermula dan batu dibuang ke arah tingkap-tingkap, di mana pengurus cawangan menginap. “Oi, kawan, janganlah bodoh – bukalah bank!”
Dia menjawab, “Tidak ada kaitan dengan saya – mereka telah menutup peti dan saya tidak dapat membukanya sehingga hari Isnin.”
Sementara itu, Anoop Singh, salah seorang daripada kumpulan Dana Kewangan Antarabangsa di Argentina, dipaparkan dalam television. Seolah-olah seorang presiden, Singh mengulangi tuntutan-tuntutan IMF. Mesejnya adalah jelas: “Anda mesti merana.”
Di New York, Horst Koehler, presiden IMF, memberitahukan kami, “Argentina mesti mengambil ubat yang pahit,” dan bertambah, “Masalah yang dialami oleh Argentina adalah masalah tempatan. Maka, kunci untuk mencari penyelesaian kepada krisis mestilah terletak dalam usaha yang rakyat Argentina mesti mengambil dengan sendiri.”
Mereka inginkan kami percaya bahawa masalah besar adalah korupse, dan mereka tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan krisis kami. Ia adalah benar bahawa di Argentina terdapat korupse yang berleluasa, tetapi adakah itu seluruh masalah? Bukankah bank-bank dan perusahaan-perusahaan yang dikawal oleh IMF mencuba untuk merampas telefon, minyak dan gas? Bukankah IMF telah merestui segala penswastaan? Bukankah Argentina contoh yang IMF menunjukkan kepada seluruh dunia selama beberapa tahun?
Tetapi Kohler memberikan kami harapan: “Argentina adalah negara kaya. Ia dapat bertumbuh seperti negara-negara lain.” Sememangnya, “Penyesuaian itu akan menjadikan keadaan lebih tenat sebelum ia menjadi lebih baik.”
Mesej mereka mengulangi jumlah kali pemimpim-pemipim kami telah mengatakan perkara-perkara seperti, “Ia adalah susah tetapu kami mesti menyesuaikan diri,” “Kira mesti membukakan pasaran,” “Kita mesti menswastakan,” “Kita perlu memotong gaji dan pensyen untuk mendapat semula keyakinan dan bermula bertumbuh sekali lagi.” Yang terbaru adalah: “Kita perlu menyelamatkan sistem kewangan” – alasan baik untuk mencuri simpanan duit.
Kebenarannya adalah bahawa dunia terbahagi dua – golongan kaya dan golongan miskin.
Dunia adalah sistem yang rumit. Tetapi akhirnya, sentiasa terdapatnya dua bahagian ini. Terdapat mereka yang memberikan peluh dan kebuluran, mereka yang hanya mempunyai tangan dan kerja mereka untuk hidup.
Perjuangan sedang menyelimuti dunia. Dalam perjuangan ini, pihak kapitalis menggunakan segala cara – pemotongan gaji, pengeksploitasian, tipu-helah, korupse, rasuah dan, jika diperlukan, pembunuhan. Pemberontakan di Argentina bermula untuk meletakkan beberapa perkara di tempat mereka, tetapi bukan kesemyanya. Ia telah menghantar beberapa ahli politik, pihak majikan, senator dan hakim ke makhamah.
Tetapi mereka yang bertanggungjawab bagi malapetaka ini, IMF dan kapitalis besar, masih bebas.

Dari Socialist Worker,
Nomor 1799, 4 Mei 2002,
Hak cipta Socialist Worker.Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh (Mei 2002).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: