Dari Angola ke India ke Papua New Guinea

Dari Angola ke India ke Papua New Guinea

Socialist Worker

Pemberontakan yang berhubung secara langsung dengan polisi-polisi IMF dan Bank Dunia pada tahun 2001:
ANGOLA: Permogokan umum oleh pekerja sektor awam menentang pemotongan gaji.
ARGENTINA: Lihat rencana asing di atas.
BRAZIL: Pemberontakan menentang rancangan untuk membuka kawasan-kawasan hutan tropika Amazon untuk menanam tanaman eksport. Permogokan umum, termasuk oleh pihak polis, kerana gaji.
KOLOMBIA: Petani, pemandu bas, teksi dan pekerja-pekerja lain bermogok menentang rancangan yang dikenakan oleh IMF. Pekerja perbandaran di bandar Cali memenangi kejayaan menentang penswastaan selepas menduduki beberapa bangunan penting.
EKUADOR: Petani, pelajar dan ahli-ahli kesatuan pekerja bersatu dengan rakyat peribumi untuk memberontak menentang tindakan kekerasan. Pemberontak-pemberontak menduduki pejabat-pejabat IMF. Permogokan sekali lagi menentang peningkatan harga dan penswastaan.
EL SALVADOR: Permogokan besar menentang rancangan-rancangan untuk menswastakan perkhidmatan kesihatan.
GHANA: Pelajar memberontak menentang pembatasan penganugerahan biasiswa.
INDIA: Permogokan berkali-kali oleh berjuta-juta pekerja sektor awam menentang rancangan-rancangan penswastaan.
INDONESIA: Permogokan besar menentang rancangan-rancangan untuk memotong bayaran lepasan bagi pekerja-pekerja yang bersara. Pelajar dan pemandu-pemandu bas memberontak menentang pembatasan pembiayaan bahan api.


KENYA: Pekerja awam, cikgu-cikgu dan lain-lain bermogok kerana pembatasan gaji.
MALAWI: Cikgu-cikgu, pelajar dan lain-lain memberontak menentang kegagalan membayar gaji dan kemudahan lain, peningkatan harga dan pemotongan pekerjaan.
MEKSIKO: Pemberontakan besar menentang peningkatan harga bagi makanan dan ubat yang akan menimpa yang paling miskin.
MOROCCO: Kesatuan-kesatuan pekerja pendidikan dan kesihatan memanggil permogokan umum kerana pembayaran gaji.
MOZAMBIK: Pekerja pelabuhan dan keretapi bermogok menentang pemotongan gaji.
NEPAL: Pemberontakan menentang peningkatan harga elektrik.
NIGERIA: Pekerja telekom bermogok menentang penswastaan. Pemberontakan menentang peningkatan harga bahan api. Pelajar dan pensyarah bermogok kerana gaji.
PAKISTAN: Demonstrasi-demonstrasi di luar bangunan Bank Dunia kerana rancangan-rancangan untuk memotong pembiayaan pertanian.
PAPUA NEW GUINEA: Pelajar bertembung dengan pihak polis dan askar sambil memberontak menentang tindakan kekerasan. Kesatuan-kesatuan pekerja mengancam permogokan menentang penswastaan.
AFRIKA SELATAN: Pemberontakan-pemberontakan penting menentang penswastaan air diikuti dengan permogokan umum besar-besaran menentang rancangan penswastaan kerajaan yang lebih luas.
KOREA SELATAN: Siri permogokan besar dan demonstrasi-demonstrasi menentang jam bekerja lama, pemotongan pekerjaan dan serangan pada kesatuan-kesatuan pekerja.
TURKI: Demonstrasi dan pemberontakan menentang potongan belanjawan dan rancangan penswastaan.
ZAMBIA: Pekerja perbandaran bermogok kerana tidak dibayar gaji.
ZIMBABWE: Pekerja-pekerja sektor awam bermogok menentang pemotongan gaji. Pemberontakan menentang peningkatan harga bahan-bahan keperluan asas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: